Wednesday, February 25, 2009

Kuning

Assalammualaikum w.b.t

Saya suka warna ini. Ceria, dan nampak tegas serta tunjak di tengah-tengah antara yang ramai. Mencerminkan kekuasaan dan kedaulatan diraja yang mana setiap kata-katanya tidak boleh dibilang tidak.

Hakikatnya, saya berasa musykil dengan hakikat kedaulatan institusi diraja negara ini. Saya terpanggil untuk bertanyakan kepada diri sendiri, apakah semua orang boleh mencemar kedaulatan sewenang-wenangnya? Kalau pada zaman dahulu kala, sumpah Sultan yang berdaulat, tulah akibatnya. Mungkin Sultan dimasa kini sudah kurang daulatnya hinggakan sesiapa pun, tak kira bangsa dan agama sudah tidak lagi mempercayai kedaulatan Sultan. Mungkin juga Sultan tidak sampai hati hendak murka kerana sayangkan rakyat? Harapnya janganlah dijadikan rakyat ini sebagai Sazali, apa sahaja yang dibuatnya Bapak tak marah, Pak percaya nak. 

Saya kesal. Saya yang beragama Islam, yang berbangsa Melayu ini teramatlah kesal. Islam mengajar kita supaya taat kepada pemimpin. Bukan ini caranya untuk menentang kepimpinan yang tidak adil. Kita ini bertamadun, bukannya nomad. Allah itu ada. Kita ini beragama dan berbangsa. Kita ini Muslim dan Melayu. Melayu cemar saudara sendiri, orang lain duduk dan tepuk tangan sahaja. 

Malaysia ini bukannya negara demokrasi. Malaysia ini mengamalkan konsep demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan. Kita bukan Amerika Syarikat. Kita ialah Malaysia. Mengapa perlu jadi Amerika sedang kita tahu kita punya identiti sendiri. Tidak perlu kita ikut kepala kereta api kalau dah tahu memang ke gaung sudahnya. 

Malaysia kita tanggungjawab kita, rakyat Malaysia. Kita adalah satu, bukannya jamak.

Note 1: Hari ni saya turun naik bank sahaja. Pertama kali belajar deposit wang melalui deposit machine..*malu*

No comments: