Friday, November 16, 2012

ESTEE LAUDER BLOCKBUSTER 2012 COLLECTION



~ESTEE LAUDER BLOCKBUSTER 2012 COLLECTION~
Our Price - RM 350 (NEW IN BOX)
Limited Stock!

 The Estee Lauder 2012 Blockbuster Color Collection is here! It's your complete companion to help you create the look of your choice - for the bright of day or that exotic night out. 

This collection contains:
3 Lipsticks (Peach Paradise Crystal Baby & Berry Fizz 

Lipgloss (Extravagant Pink)
Eye shadow (cool shades palette) with 9 colors: Pink Vanilla (Satin), Moroccan Mint (Satin), Peacock Blue (Shimmer), Riviera Rose (Satin), Ivory Slipper (Satin), Lilac Whimsy (Satin), Purple Passion (Satin), Winkling Periwinkle (Satin), Pink Tease Blush (Satin) 

Eye shadow (warm shades palette) with 9 colors: Pink Flash (Shimmer), Enchanted Forest (Shimmer), Ivy Envy (Satin), Sugar Cube (Satin), Nude Fresco (Satin), Lavish Mink (Matte), Sepia Sand (Satin), Candy Crave (Satin), Pink Kiss Blush (Satin) 

1 pencil eyeliner (onyx) 

Lip pencil (tawny)
Mascara (Double wear & Lash Primer Plus) 

Makeup remover 

1 large makeup bag
1 makeup wallet with 'how to applying make up' instruction 

 If you purchase at any EL outlets, you need to purchase any Estee Lauder puroducts of RM250 then can only get it for RM240 (worth RM1,920).
Interested, kindly sms or call me at 012-3474745 the soonest.
COD available at Ampang Point, Tesco Ampang, and also Warta Sungai Buloh

Thursday, November 8, 2012

Assalammualaikum world!

**Entry tertunggak 3 weeks ago **

Photo by zilaziman
Nur Zaraa Ayesha ~ Light | Princess | Living Prosperous, Youngest wife of the Prophet Muhammad (pbuh)

Alhamdulillah, dah bertambah ahli baru. Bersalin kali ni pun mudah sikit compared to Rizq dulu. Contraction bagai pun kejap je. Milk supply pun cukup setakat ni, alhamdulillah. Tapi sabtu ni kena gi mekap dah. Emergency case. Mampukah makeup time pantang ni? InsyaAllah, ok kot.  Beranak kali ni  kuat sikit, pantang pun kuat juga boleh kejar si Rizq tu turun naik tangga. Jadi uols semua, makanlah kurma banyak-banyak ye :))

Alhamdulillah, kali ni body boleh coupe dengan daily routine. Boleh adjust and catch up cepat sikit. Dah reti sikitla. Yela, anak dah 2 ko, kalau tak reti gak susah le..

Rizq's acceptance of the newcomer - Sedih juga lepas deliver baby Zaraa kat hospital, terus rindukan Rizq.  Kesian fikirkan dia ibu dia takde.  Pastu fikir juga kesian budak ni kena bahagi kasih..huhu. Bila sampai rumah with baby, Rizq sedih sangat especially bila dia nak i dukung dia, tapi tak bolehla kan..baru hari ke 1.5 lepas berslain kot. Tapi hati ibu luluh juga, petang tu Ayah and nenek dia tak nampak, iols dukung je Rizq. Alhamdulillah, tak rabak..hehe. Day 2, Rizq dah boleh accept sikit-sikit and alhamdulillah sekarang ni dia sayang sangat-sangat adik dia. Bangun tido je terus cari Zaraa, kiss adik dia bersungguh-sungguh sampai angin je si Zaraa ni kerimasan.  Bila adik sia nangis je, dia yang sampai dulu. Sometimes, ada masa jales dia ni sampai, buat protest juga. Tapi kita kena pandai-pandailah divide kasih sayang tu seadilnya. Waa cakap cam memadukan bini pulak. Kita kenala pandai-pandai ajar dia tanggungjawab dia as abang long, belajar sacrifice, give and take, dan apa-apa jela yang sepatutnya. Yang penting, dia tahu yang dia sayang adik dia. Syukur..

Photo by zilaziman

Photo by zilaziman
Rizq ♥ Zaraa

Wednesday, September 5, 2012

Saturday, August 18, 2012

Salam Adilfitri 1433H, maaf zahir batin!



Sedar tak sedar, dah nak habis pun Ramadhan. Sedih pulak tak sempat khatam al-quran, tak cukup tarawih, amalan cam tak power lagi.  Harapnya Allah panjangkan umur untuk jumpa lagi Ramadhan, dan sihat tubuh badan untuk up kan amalan.

InsyaAllah, kita akan sambut Aidilfitri in few hours je lagi. Bagi yang belum berzakat fitrah, silelah ketuk pintu amil selagi ada masa.  Yang tak sempat shopping raya, Jalan TAR masih meriah lagi di  malam hari, jangan harap dapat jumpa parking space!  Bagi yang balik kampung, drive safe. Takpe kalau penat, berhenti tido kejap daripada tido selamanya. Jangan lupa kunci umah, tutup gas, electric switch semua, and masukkan anak-anak semua dalam kereta.

Selamat hari raya! Bagi yang diabetic, jangan makan banyak sangat kuih raya, minum air sirap & carbonated  drinks melebihi dose yang disyorkan. Yang high BP, beringatlah bila makan kambing golek dan kawal kesabaran bila drive balik kampung meredah jam. Makanlah sebelum lapar, dan berhentilah sebelum kenyang. Boleh ke? ke? ke? Hmmm..keraguan terhadap diri sendiri..

Yang dah attend class makeup dengan iols, selamat bangun awal dan bermekap, dan berchanteque gojes di pagi raya!

Akhir kata, maaf dari saya dan keluarga. Kalau ada tersalah tulis dan cakap, indah  tak serupa bikin, kelakuan tak senang di mata dan hati, petua yang mengarut dan tak menjadi, resepi tak cukup garam terlebih gula, halalkan lah ye. Semoga kita mendapat keberkatan hidup orang yang bertaqwa, insyaAllah

Maaf zahir & batin!

Sunday, August 12, 2012

New Slot for Makeup Class with Zila Ziman (12 August 2012)



Salam ramadhan semua! Alhamdulillah, Kelas Makeup Personal (Beginner) pada 22 July telah berlangsung dengan jayanya. Seats untuk slot 4 Ogos pula dah fully booked. 5 Ogos ada 1 seat je lagi yang available.

Atas permintaan ramai, Zila buka satu lagi slot tarikh 12 ogos 2012. Jadi for those yang tak berkesempatan untuk join class 22 July, 4 August, dan 5August, bolehla participate dalam slot baru ni.Untuk makluman, promotion ini diadakan sekali sahaja tahun ini dan slot 12 August adalah yang terakhir sekali. next class insyaAllah Ramadhan tahun depan pula :)

Personal Makeup Class sesuai untuk beginner, yang dah biasa makeup, atau pun yang zero knowledge. Peserta akan diajar dari basic, teknik-teknik solekan dan aplikasi, teknik cantik menawan di hari raya, juga applicable untuk ke college, pejabat, atau makeup untuk dinner, ngedet, job interview, dan sebagainya. Previous students untuk kelas ini, dah boleh makeup untuk majlis tunang juga.

Syarat Penyertaan:
  • Terbuka kepada sesiapa yang berminat sama ada beginner (zero knowledge) ataupun yang dah ada knowledge.
  • Non-refundable deposit RM 50 diperlukan bagi setiap booking. Baki pembayaran boleh dibuat semasa kelas.
  • Bagi yeng berminat, sila SMS NAMA PENUH dan NO IC anda ke 012-3474745 atau email kan ke zilaziman@gmail.com
  • Setiap kelas adalah terhad kepada 5 orang peserta sahaja. 
Grab the chance to play with my makeups and tools!

Wednesday, August 8, 2012

Friday, August 3, 2012

Mengejar Title Isteri Solehah

Assalammualaikum wbt semua! Today, I stumbled upon an article that's worth sharing. Semoga kita mendapat tempat di syurga, insyiaAllah.



Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim) Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

 Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi).

Sekian, selamat berpuasa, beribadat, & selamat hari Jumaat!

Wednesday, August 1, 2012

Raya!!! Raya ke?

Assalammualaikum wbt people! Alhamdulillah, dah masuk fasa kedua Ramadhan pun. How's your Ramadhan, lovelies? Mudah-mudahan segala amalan diterima-Nya, insyaAllah.

Bila dah beranak-pinak ni, timbul  rasa excited nak buat preps raya. Kalau masa single mingle dulu sampai satu tahap dah mula rasa jelak dah. Patu bila berkapel dan bertunang, excited balik kengkonon nak sedondon dengan partner. Ala tipula I sorang je camtu. Uols pun sama kan....? Bila dah kawen, semangat nak sedondon ada lagi. Bila dah berboyot, feeling malas datang balik mengenangkan saiz. Kita kena bijak dan economic. Rasa membazirla beli baju raya size besor patu pakai time boyot je kan.  Tapi tahun ni dengan adanya anak bujang yang dah semakin lasak, tak kira apa cara pun sebolehnya nak sedondon satu family. Nanti uols dah de anak, tahu la feeling tu camne. Kan mommies semua?

Dalam keadaan yang sedang berkembang dari segi saiz ni, rasa nak gi shopping tu malaaaass sangat! Tq Malaysia bila ada Zalora, dan online shops yang lain. Tahun ni segala yang berkaitan raya, baju raya head to toe, kuih raya, semuanya I sebat online je.  Ya, sesungguhnya tahap tumbesaran saya memang memberangsangkan sehingga saya terpaksa beli size XL untuk tahun ni lalu menjadikan diri ini malas bergerak dan tak mahu keluar dari rumah.  Dan hari ini, alhamdulillah dah setel segala purchasing untuk baju raya kami sefamili. Sneak peak sket:

Warna tema tahun ni :)

Oh no. Eventhough I mentioned that I purchased my Raya dress from Zalora, tapi ia bukanlah Jovian's RTW. Reason being: tentulah takkan muat! Huhuhu..Untuk kesedapan hati, cuba yakinkan diri sendiri bila tengok JM madness, mesti bila beraya rumah kengkawan ada juga yang terpakai baju sama kang. Walau hakikatnya hatiku ini meroyan dan berdoa semoga Jovian keluarkan kaftan pulak untuk final batch nanti, walau macam tak logik je kan. 

Untuk tatapan semua, ni semua dah sold out :D



Dan yang ni semua buat haku jadi gila!





Kalau beli 4 dresses ni cukupla ngam ngam pakai 2 pasang Raya kat my side kat KL & Singapore, 2 pasang lagi kat hubby's side KT.  Memang I tegar buat-buat tak nampak and terlupa website address Zalora.com.my dan berdoa semua tu sold out cepat-cepat!  Tetibe baru-baru ni gatal tengok FB Jovian, ada final batch pulak pasni! Yang menjadi igauan, benda alah 2 ni pun ada skali nanti..



Jadi uols semua, tolonglah beli cepat-cepat kasi sold out kan semua kalau kesian kat saya. At  the same time, I sebenarnya nak tolong promote JM RTW  walau cam tade effect je kalau promo pun sebab dah sahih designs semuanya cam pisang panas letak cheese. Astaghfirullah..puasala! Saya tak muat semua ni sebab most designs kecik je kat pinggang sedangkan rupa saya dah macam kungfu panda :|

Kan???
Photo taken on 22 July 2012 during Personal makeup Class with my student, Aina

Lengan cam peha ayam KFC ko..tu pun separuh je gambo tu.

Selamat bekerja semua!

Wednesday, July 25, 2012

ww: Tak larat sangat!

He fell asleep during lunch time


Tuesday, July 24, 2012

Preggy, puasa, dan KURMA

Assalammualaikum wbt, readers semua. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan al-mubarak kali ni.

Hari ni i nak share sikit, pasal kurma di kala mengandong.  Pregnancy memang buat I sentiasa lapar 24-7 nak kena mengunyah je. Kalau tak cukup  munchy sket, gastric la jawabnye. Ober kan??  During my pregnancy, few days menjelang Ramadhan je I dah risau. Camne ni, boleh survive ke puasa sehari ni? Memang kita ada rukhsoh untuk tak berpuasa, tapi sape sanggup ganti sebulan kan? Lainla kalau bersalin, memang enjoy the rukhsoh la.  So my mom suruh makan kurma time sahur. Alhamdulillah, I memang amalkan setiap kali sahur, makanlah kurma at least 7 biji. Lagi banyak lagi baik. Kalau dapat Ajwa lagi best. InsyaAllah, kita tak lapar n baby dalam perut pun tak meragam kelaparan.

Kisah nak bersalin kan Rizq pula, betul la seperti  yang tercatat dalam surah Maryam. Makanlah kurma, insyaAllah mudah bersalin dan dapat kurangkan pengaliran darah.  After bersalin pun I makan kurma lagi, dapat restore energy dan darah nifas pun cepat berhenti, stitches cepat heal.  Kira after 2 weeks bersalin dah boleh larila. Janganla pi makan sebijik je pastu berharap semua jadi kenyataan. At least 7 biji sehari. insyaAllah ada jalannya kata Maher. Di samping tu, kalau nak cepat lari, jangan dilupa ikan haruan + gamat. Berkesan!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj6kreTG5xzqSk884xmyq43OcymBVnfphB52ZX5Izkg3uAZYo1vs-1NbvugJfGMjmYb91aHvAFzeyaor-Ox9aLiMTBM6sSkG7b-R2gBaQt5RWZYzP0mpJ2j7cymJTLukWNCzkH6dtCPqA/s1600/kurma+buah.jpg


Ok, below I copy-paste-edit khasiat kurma for preggies untuk rujukan bersama.

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin~ 

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.  Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan’. Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.  Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.  Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu’.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as. 
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Sumber: 
  1. http://permatahati.wordpress.com 
  2. di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

Wallahualam

Friday, July 20, 2012

Lexie, RIP

So last night, i watched season finale of grey's anatomy. And again, i cried. These past few weeks, i got too emotional and cried and cried everytime i watched grey's. Last time it was desperate housewives. I blame the imbalanced hormone :-)

Previously, i googled for the synopsis of this season finale episode, and i know one of the characters will die due to the airplane crash. But mana nak sangka Lexie orangnya. Dah jadi mak mak skarang ni tak kuasa la mak nak download dramas camni lagi kan. Rela tengok kat astro je. Lexie should hv told Mark her feelings earlier. Ala Mark pun sama je..bagitaula awal-awal. Ni nak jadikan cerita, dah haku yang sakit kepala melalak bagai nak giler. Hmmmppsss! Pastu kisah Altman dan Hunt pulak..Haishhh...Solute la friendship diorang!


Jadi, moral of the story, sebelum terlambat, saya nak mohon maaf pada semua segala salah dan silap saya, suami, dan anak-anak. Kadang-kadang kita tak sedar sesuatu yang kita cakap/buat/tulis sedikit offensive pada orang lain. Kalau tau, takkan suka hati nak buat kan? Dengan ini, selamat berpuasa semua!

InsyaAllah, tahun ni ada chance nak puasa penuh lagi :-)

Selamat beribadat, renung-renungkan, dan selamat beramal!

Wednesday, July 11, 2012

ww: Zila Ziman's Artworks in the Media

Makeup & hairdo on  the cover & content by Zila Ziman
Makeup & hairdo on  the cover & content by Zila Ziman





Tuesday, July 10, 2012

From Penang, with ♥

Actually, it'sfrom KL to Ipoh to Penang. Itupun sebab ada job mengandam ke Ipoh. Alang-alang, singgahlah Penang sekali pekena nasik kandaq. Tapi cam kecewa gaks sebab nasik kandaq yang kami jumpa la ni dah tak kick cam dulu. Nak makan char kuey teow pun tak sempat sebab kami sempat spend 1 malam je kat Penang :(

Pengantin of the day

So,  from Ipoh tu terus shoot ke Penang. Kalau tak kena job outstation camni, entah bilala dapat berfamily vacation camni. haishhhh..
 
bercanda di tepi pantai!
 

homaigot i'm sooo like a kungfu panda!

saat ini sekecik ni meronta nak masuk pantai!

Till now then. Semoga ada time lagi untuk vacation, insyaAllah

Saturday, June 23, 2012

Deepest conversation

Sungguh, saya rindu blogging. Tapi bila banyak nau blog meronta2 minta untuk di-maintain, tambah lagi pe'el anak bujangku yang semakin  lasak namun manja dan banyak demand nye, sume idea blog saya terbengkalai camtu je. Tambah pulak sekarang dah ada twitter dan instagram, memudahkan saya nk update apa2 je dengan ayat yang ringkas dan menjimatkan masa dan boleh dibuat sambil suap anak makan, ataupun ketika di jamban..huhh??

Oleh  itu, saya tau saya banyak kecewakan followers dan readers semua. Maaf sangat. Harap sabarjela dengan cita-cita hot hot chicken saya ni. Saya sayang anda semua, dan sangat, sangat terharu dengan kesetiaan anda. Sekian, sehingga kita jumpa lagi bila anak saya bagi can untuk berbelog.

Take care!

Wednesday, June 20, 2012

Friday, January 20, 2012

Soon~*

Budak ini sedang menghitung hari untuk tiup sebatang candle on his birthday cake.

Rizq @ 3days old.

How time flies.
Sorry, no birthday party for him, thus no invitations as well! Hahaha..
Ibu dia kumpul duit masuk sspn, hence cut down cost for parties, ect.
Kidding! ;p
But no party, seriously...
Sebab kami selalu dapat jinx whenever we held a party. Takut menurun ke dia pulak jinx nye :|

Wednesday, January 18, 2012

ww: Rizq @ 10 months


*dah tade modal, asyik post ww je..hmmmmpsss*

Sunday, January 8, 2012

For Sale: The First Years Kickin' Coaster







Good condition, clean, never been used.
Bought at RM 399, letting go for RM 280 only!
Interested, kindly contact me at 012-3474745.

Friday, January 6, 2012

Bad hair cut!

Everyone must have a bad haircut day, at least once in a lifetime. Well, I guess Rizq's day is today! 
Songsang, bersimpang-siur, dan carca marba. Sorry son!

Wednesday, January 4, 2012

ww: Zila Ziman & team





taken during Perjumpaan Thunan Pembaca Ain Maisarah