Assalammualaikum wbt semua! Today, I stumbled upon an article that's worth sharing. Semoga kita mendapat tempat di syurga, insyiaAllah.
Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya
Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan
?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling
besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR
al-Hakim)
Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab
yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu
berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang
diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah,
mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi
Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering
membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?"
Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui
daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI
HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah,
TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA."
(HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Nabi saw. bersabda,
“Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah,
sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan
mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa
berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit
dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat
nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang
dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu
berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran
pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn
Hibban)
Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah
saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku
berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap
isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap
isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau
nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak
suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada
manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”
(HR. Al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke
katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan
suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya
hingga waktu pagi. (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, ”Jika
seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka
pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR
Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)
Nabi saw. bersabda,
”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak
menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia
berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR
Ath-Thabrani)
Firman Allah swt. "... perempuan yang
solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan
suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)
Nabi
saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh
mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu
apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta
engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )
Nabi
saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan
penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam
Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR
Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan
melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya
dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)
Nabi saw.
bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang
syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan
At-Tirmizi )
Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang
wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana
sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala
mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan
tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari
jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)
Di
dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat
melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw.
melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda
bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak
pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya :
“Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana
kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada
Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka,
kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada
salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia
melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan
berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ”
(HR Bukhari)
Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya
yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran
untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda
menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian
baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu
adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang
duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua
pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat
terhadap suami.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda,
"Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan
Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika
berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga
dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)
Nabi
saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan
suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi).
Sekian, selamat berpuasa, beribadat, & selamat hari Jumaat!