Wednesday, July 25, 2012

ww: Tak larat sangat!

He fell asleep during lunch time


Tuesday, July 24, 2012

Preggy, puasa, dan KURMA

Assalammualaikum wbt, readers semua. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan al-mubarak kali ni.

Hari ni i nak share sikit, pasal kurma di kala mengandong.  Pregnancy memang buat I sentiasa lapar 24-7 nak kena mengunyah je. Kalau tak cukup  munchy sket, gastric la jawabnye. Ober kan??  During my pregnancy, few days menjelang Ramadhan je I dah risau. Camne ni, boleh survive ke puasa sehari ni? Memang kita ada rukhsoh untuk tak berpuasa, tapi sape sanggup ganti sebulan kan? Lainla kalau bersalin, memang enjoy the rukhsoh la.  So my mom suruh makan kurma time sahur. Alhamdulillah, I memang amalkan setiap kali sahur, makanlah kurma at least 7 biji. Lagi banyak lagi baik. Kalau dapat Ajwa lagi best. InsyaAllah, kita tak lapar n baby dalam perut pun tak meragam kelaparan.

Kisah nak bersalin kan Rizq pula, betul la seperti  yang tercatat dalam surah Maryam. Makanlah kurma, insyaAllah mudah bersalin dan dapat kurangkan pengaliran darah.  After bersalin pun I makan kurma lagi, dapat restore energy dan darah nifas pun cepat berhenti, stitches cepat heal.  Kira after 2 weeks bersalin dah boleh larila. Janganla pi makan sebijik je pastu berharap semua jadi kenyataan. At least 7 biji sehari. insyaAllah ada jalannya kata Maher. Di samping tu, kalau nak cepat lari, jangan dilupa ikan haruan + gamat. Berkesan!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj6kreTG5xzqSk884xmyq43OcymBVnfphB52ZX5Izkg3uAZYo1vs-1NbvugJfGMjmYb91aHvAFzeyaor-Ox9aLiMTBM6sSkG7b-R2gBaQt5RWZYzP0mpJ2j7cymJTLukWNCzkH6dtCPqA/s1600/kurma+buah.jpg


Ok, below I copy-paste-edit khasiat kurma for preggies untuk rujukan bersama.

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin~ 

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.  Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan’. Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.  Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.  Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu’.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as. 
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Sumber: 
  1. http://permatahati.wordpress.com 
  2. di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

Wallahualam

Friday, July 20, 2012

Lexie, RIP

So last night, i watched season finale of grey's anatomy. And again, i cried. These past few weeks, i got too emotional and cried and cried everytime i watched grey's. Last time it was desperate housewives. I blame the imbalanced hormone :-)

Previously, i googled for the synopsis of this season finale episode, and i know one of the characters will die due to the airplane crash. But mana nak sangka Lexie orangnya. Dah jadi mak mak skarang ni tak kuasa la mak nak download dramas camni lagi kan. Rela tengok kat astro je. Lexie should hv told Mark her feelings earlier. Ala Mark pun sama je..bagitaula awal-awal. Ni nak jadikan cerita, dah haku yang sakit kepala melalak bagai nak giler. Hmmmppsss! Pastu kisah Altman dan Hunt pulak..Haishhh...Solute la friendship diorang!


Jadi, moral of the story, sebelum terlambat, saya nak mohon maaf pada semua segala salah dan silap saya, suami, dan anak-anak. Kadang-kadang kita tak sedar sesuatu yang kita cakap/buat/tulis sedikit offensive pada orang lain. Kalau tau, takkan suka hati nak buat kan? Dengan ini, selamat berpuasa semua!

InsyaAllah, tahun ni ada chance nak puasa penuh lagi :-)

Selamat beribadat, renung-renungkan, dan selamat beramal!

Wednesday, July 11, 2012

ww: Zila Ziman's Artworks in the Media

Makeup & hairdo on  the cover & content by Zila Ziman
Makeup & hairdo on  the cover & content by Zila Ziman





Tuesday, July 10, 2012

From Penang, with ♥

Actually, it'sfrom KL to Ipoh to Penang. Itupun sebab ada job mengandam ke Ipoh. Alang-alang, singgahlah Penang sekali pekena nasik kandaq. Tapi cam kecewa gaks sebab nasik kandaq yang kami jumpa la ni dah tak kick cam dulu. Nak makan char kuey teow pun tak sempat sebab kami sempat spend 1 malam je kat Penang :(

Pengantin of the day

So,  from Ipoh tu terus shoot ke Penang. Kalau tak kena job outstation camni, entah bilala dapat berfamily vacation camni. haishhhh..
 
bercanda di tepi pantai!
 

homaigot i'm sooo like a kungfu panda!

saat ini sekecik ni meronta nak masuk pantai!

Till now then. Semoga ada time lagi untuk vacation, insyaAllah