Wednesday, May 26, 2010

Zila's rule of thumb

Entry title yang tak tahan.....

Perkara wajib yang tak boleh terlepas pandang with 10 more days to go:

#1 Dapatkan rawatan facial dan tolong jangan buat jika ni first time kamu nak ber facial. Nanti kalau naik jerawat jangan salahkan entry ni ye. As for me, highly recommended Seputeh Kapas Spa sebab memang best giler facial di sini and price nye pun tak menjolok mata..awwwww! Harus facial kerana kat sini they ols pakai vacuum which I rasa cam tak boleh hidup tanpanya utk remove the black heads. Baru kamu akan kelihatan sungguh flawless on your big day tanpa photographer perlu terkial2 cari angle cun tamo kasi menonjol black & white heads kamu. 3 hari sebelum majlis jangan scrub okey, nanti makeup tak lekat.

#2 Haruslah scrub body & pakai lotion banyak2. Baru nampak glowing, gebu and moist 2 gitu. Kalau tak sampai nak scrub belakang kamu, pegila spa :)

#3 Tidur secukupnya. I know it's hard and macamlah aku buat sangat pun tapi sedang berusaha ke arah itu. At least 3 days before your event tido harus cukupla.  Nanti kalau tak dapat cover eye bags and dark circles jangan blame mak andam ye.  Tidur yang cukup juga membantu glowing appearance pada wajah kamu. Wahwahwah...Tak caye cube try jangan tido malam ni pastu sok tido tanpa gangguan selama 8 jam.

#4 Kurangkan makan makanan yang bergoreng, berminyak, and pedas. Kalau boleh jangan makan pedas langsung. Ala tapi kalau lidah jawa cam i ni (tetibe je ngaku jawa) kalau tade pedas cam makan kat lokap wooo..huuuuu. This is so that muka kamu tadela terlampau glowing sampai jadi greasy pulak dek kerana minyak from the food intake. And kurangkan pedas so that kurang juga berpeluh nanti. Kompem mekap tak cair and boleh tahan sampai outdoor photoshoot tanpa perlu di touch up.

#5 Control your metabolic rate dengan cara bernafas accordingly. Kalau ditakdirkan nak kena transform jadi bridezilla nak buat camne. Kena berusaha untuk tenang juga walau apa cara sekalipun. Ok, disini saya memerlukan doa kalian supaya saya tenang je apa pun yang jadi. Hmmmmppps...

#6 Ensure all the tasks untuk committee kamu dah distributed accordingly, and also make sure mereka faham tugas mereka. Siapa mereka??
  • Sorang makcik yang garang  duduk dalam bilik pengantin to guard the room jangan bagi orang masuk tengok pengantin masa siap. Mak andam skang ni baik2 and dah tak garang sangat dah.
  • Sorang makcik duduk dalam bilik pengantin and jangan gi mana2 jaga bilik and hantaran sebab masa ni la masa paling ideal utk kecurian berlaku. 
  • Masa ni jugak nak kena bayar duit set up pelamin la, hantaran la, photographer la, mak andam la. So put the money for each vendors in each envelope pastu serahkan kat sorang Bendahari Khas biar dia yang pandai-pandai bayar kat vendor semua. Provided Bendahari khas ni kenal la mereka. Kang suka-suka je serahkan kat sape-sape..choi!
  • Sambut tetamu (parents pengantin dah tentulah wajib, ni pakcik makcik yang lain) & sambut rombongan lelaki, kadi, etc during nikah & reception.
  • Usher
  • During nikah, appoint an aunty untuk susun atur dulang hantaran. 
  • Bendahari kehormat - appoint 1 lelaki and 1 perempuan untuk pegang erat duit collection yang guests hulur ke penyambut tetamu. Yang lelaki boleh collect from penyambut guests lelaki, and perempuan from penyambut guests perempuan. Haruslah orang ini yang boleh dipercayai and ensure penyambut semua kenal mereka berdua ni and boleh serah duit kat diorang ni je.
  • Penyambut wedding presents
  • Pemberi doorgift & bunga telur beserta sorang Supervisor to monitor the stocks.
  • Food & beverage -  ensure ada orang monitor ni so that boleh suruh caterer tambah mana tak cukup, angkat pinggan, kendi, dsb
  • Floor manager - dia adalah suara kamu di majlis tu. You dah jadi pengantin patu memang tak tau apa berlaku dah. Floor manager ni la yang kena tau semuanya and boleh transform jadi bridezilla, bukan kamu. Tolong jangan soh mak pengantin or pengapit jadi floor manager ye.
  • Runner - kalau nak suruh inform kat DJ pengantin dah sampai, soh runner run. VVIP sampai, nak inform kat DJ soh acknowldge, soh runner run. Kerja-kerja yang memerlukan larian, kita soh runner kita run.
  • Tugas-tugas khas - merangkumi guide orang yang tak jumpa jalan ke tempat majlis kamu.
  • Jangan lupa bagi list of contacts of your vendors to your pengapit and floor manager. 

#7 Ensure rombongan pengantin lelaki faham flow majlis camne. Kalau boleh bagi floor plan pun bagi skali.

#8 Jangan lupa signage!

#9 Pengantin, tolong jangan lupa pakai perfume banyak-banyak on your big day. Pengantin haruslah yang paling wangi dan berseri-seri. Ramai pengantin yang I makeup lupa tu. Pengapit, sila remind mereka tau, tau, tau..

#10 Mintak ampun ngan parents, mintak halal makan minum, restu, dan doa from them. Also, kindly doa untuk diri sendiri, tidur, tenang, dan tawakkal.


Ape lagi ek...nanti la i update lepas kawen baru nampak ape terkurang ape terlebih kot. In the mean time, wish me luck!

Tuesday, May 18, 2010

Apa yang penting, kerjasama!

Sile baca title di atas dengan tema lagu Wonder Pets..yayyy!!

A very quick update, setelah rundingan meja bulat, akhirnya kerepek2 berjaya dikeluarkan dari list wedding favor item. Hooorayy!! But the bad news is, goodie bag tetap goodie bag. Dush!

Takpela kan, I got my heart shape box, my mom got her CD, and my dad got his goodie bag. Oh goodie bag tu was his idea rupenye. And bile sume orang boleh compromise, I terharu noks..

Ok, now mood syahdu menjelma. Soon the time will come for my mak & abah to pass the baton. Sedih jugak bila saat2 nak hand over ni makin dekat. Tolong doakan saya tabah ye...

Berasa tidak sabar untuk berlaki. At the same time, berasa nak mintak tolong stop the time sebab masih belum puas berada di bawah naungan mereka :'(

Monday, May 17, 2010

Sukehatila....

Hi.


I ada masalah.


Masalah nye skarang, I dah jadi cam NahWal.


Remeber my post regarding my wedding favor for my bersanding? Well supposedly it's gonna be a single heart-shape box tied with ribbons with something inside the box. Simple je and handy serta easy to carry. Tu saje. Sekian terima kasih.

But then, somehow out of nowhere, I balik rumah from fitting with Syomir je (point sebenar nak bagitau dah fitting je ;p) tengok tengok my mom & bibik sedang gigih pack kerepek keropok in a transparent plastic and staple2 lagi. At first, I thought the kerepeks are for munchy2 untuk merewang nanti as we all agreed earlier. Turns out the kerepeks are to be inserted into goodie bag yang telah dibeli dengan combination kaler cam allagappas, with glossy texture some more. Aku pening melihat kan itu.

What more can I do? 2000pcs of goodie bags allagappas telah dibeli dari Nilai 3.


Frust giler beb! Dah ler i memang tak suke benor goodie bag. Ada kerepek pulak tu! Masa I proposed marshmallow dulu tak accepted pung. Sedey noks. Ni mesti terpengaruh ngan bibik aku ni..

So, inside the goodie bag there's gonna be the heart shape box yang aku dok gigih menggentel ribbon for 2,500pcs, kerepek2, and also a cd of yasiin.  Part cd tu pun satu hal lagi. Last minute punye tambahan tu. Dahle muka ai sebeso alam printed on that cd & its cover. Malu dowhs...

I pasrah jela sebab memang first child akan merasai bahang excitement parents terchenta. With approximately 2 more weeks to go, aku hanya mampu berserah dengan redha, rela, dan pasrah.

Kenapa susah nau nak kekalkan konsep less is more?


Sukehati hangpa la..Janji aku kawen!

Walau dalam kepala otak aku ni banyak idea terlampau tapi sume tersekat sebab tak dapat approval penaung merangkap banker :|

Wednesday, May 12, 2010

My 1st wedding gift :))

Hapdet yang dah basi karena i terlampau busy. uweeeeeeeeeekkk!!

I received my 1st wedding gift on Sunday. Weeee!! sangat suka okeyh! Thanks a whole bunch kepada pemberi gift, my gojes cuzzie cum my MOH :D

MOH saya baik hati (^^,)  I read post by Xora, and saya doakan kamu semua juga dapat MOH yang baik hati, insyaallah.

Jadi apakah wedding gift nya?











Mmmmmm..



















Jeng!!!











Oh saya dilayan bagai ratu disini. Highly recommended! Ramai b2b juga yang mencantikkan diri kat sini kan. Patut la, memang best pung! Saje test sleng ganu.ngeh ;p

So I had my dead cells removed using products from Martha Tilaar and merasa diri sangat cantik. Tapi skang dah down balik sume sebab terpaksa berhempas pulas naik komuter to work kan. Hukhukhuk..



Pictures of us. MOH saya yang baik hati haruslah duduk sebelah saya kan :)





Then after scrub scrub, urut urut, i pun pechakan my diet rutin for ayam penyet..nyum..nyum..
kat sini la tetibe my newly wed cuzzie soh i pakai ni..


Baru nampak cam bachelorette kan..



ni dia yang bertanggungjawab ke atas bachelorette ku :)



Thank you lovelies! I had a really great time with uols!  Farrah, nanti bchelorette awak mintak2 kiter takde phase mual2 ek..




Kenapa I terlampau busy? Kerana with 24 days to go, time ni la ada je benda tertinggal la tertambah la terkurang la..aissshhh...Currently I gigih memintal bunga telur sebab tetibe bunga pahar nak kena masuk dalam dulang hantaran puloks. Dah agak dah, as I once did research on Malay wedding culture and yang harus letak dalam dulang hantaran mestilah sirih, bunga rampai, and also bunga pahar. Ok, I dah mual2 sebelum waktunye...

My humble words kepada b2b yang lain, allocate certain amount of money for misc things to be spent 30 days prior to your wedding date. Kalau nasib terlampau baik, smooth je sume as planned. Tapi kita cuma plan je kan..

Jangan lupa solat hajat! 

Tuesday, May 4, 2010

Pre-wedding photos

Special entry untuk uols yang setia menunggu, also uols yang dah lama request seperti Riena, Wani, dan juga penggerak misi modusoperandi :))




Here, I bring to you....
















Jeng!!

























Pictures from Digital Syndicate.
Raw & edited :))

Monday, May 3, 2010

Downloadable freebies :))

I got my Save The Date template here

Download Photo Save The Date Calendar Card here



Download free Save The Date Vintage Biplane here



Download free Mad Men Save The Date & personalize it here



Download & personalize Heart & Arrow Custom Monogram here



and lots more from The Wedding Chicks


 For free (^^)v