Thursday, June 30, 2011

Breastfeeding - terbaik dari ladang

Hari ni nak citer pasal bf sebab tetiber terperasaan my baby setakat ni dah 5 months plus and alhamdulillah, kenyang di breastfeed. Tetiber ter-reminisce perit getir, ranjau berduri masa mula-mula bf dulu. Orang kata, after selamat lahirkan baby, cepat-cepat bagi bf so that takde masalah bf bengkak la, duct tersumbat la, and macam-macam lagi. Like my case, waktu giving birth to Rizq, I had lost amount of blood yang agak banyak juga la waktu tu. Maka memang lemah longlai la sangat. Tapi gagahkan juga untuk bf dia waktu tu, atas wheelchair lagi. Masa tu time lebih kurang 9.30pm, he was born at 8.45pm. But yela, budak ni keluar kecik je, mulut pun kecik, maiden kata rahang dia pun kecik, belum kuat nak suck lagi. Jadi first attempt - fail.

Konon-konon second attempt nak bf dia dalam kul 11pm camtu. Niat besar nak gagahkan diri gi melawat dia kat NICU, tapi fail lagi sebab lost banyak blood, tak makan lepas bersalin tu, baru turun katil je terus pitam. huhu..terpaksa rehat dulu untuk restore energy balik. Pedihnye hati masa tu terfikir kalau baby lapar nangis sorang-sorang kat NICU. Sedih nangis-nangis sampai tertido. Esok pagi after breakfast, ingat nak gagahkan diri lagi, tapi masih pitam lagi. Sebelum jatuh bergolek dan menyusahkan orang lain, baik la duduk diam-diam kat katil dulu. Mintak doc iron tablet dengan harapan dapat restore energy cepat-cepat. Later that noon, berjaya melawat baby kat NICU tapi baby dah kenyang, nurse feed dengan susu formula. Kecik hati haku. Takpela, at least baby tak kelaparan. Kata orang, kalau dia dah rasa susu formula, dia tamo breast milk lagi. Oh risaunye rasa hati. Mula terfikir camne kalau dia reject breast milk?

Third attempt, cuba lagi. Masa ni kami dah kena transfer ke paed ward. Cuba punya cuba, dia tak pandai latch lagi. Sampai kul 2-3 pagi nurse datang tolong ajar dia latch, alhamdulillah berjaya juga. But masa tu dia minum sikit sangat, kemudian tertidur kepenatan. Kesian anak ibu.  Then, bila dapat discharge, kat rumah Rizq akhirnya berjaya latch but still, mulut and rahang dia yang kecik tu menjadikan sangat, sangat, sangat sakit bila latch tak betul dan bertambah-tambah sakit lagi bile luka. Mak oiii.. Bistu camne baby nak bf? Kalau bf sakit, luka tak heal lagi.  Terpaksa pump.  Masa preggy dulu dengan bijak pandai gi beli pump manual. hazzzaaaabbb! Last resort, tahan jela pedih yang amat, redha je bagi Rizq direct bf. Leleh air mata ko.  Rizq pulak waktu tu dia tidoooo je. Feeding every 4-5 hours instead of 2 hours interval.  Breast jadi engorged.  Lama-lama tak tahan, perah manual guna tangan je. Lenguh!! tapi, least sakit. berkesan! Stop bagi Rizq direct bf dulu while allowing it to heal.  Feed him EBM through bottle dulu. Risau juga, takut dah dapat bottle nanti tamo bf dah.  Tapi alhamdulillah, I used Avent bottle and Rizq relax je sampai la ni boleh je feeding from bf or bottle. 2-2 pun dia accept.

Later, bila Rizq dah masuk 2 months, tiba-tiba size dia bagai dipampam. Barulah dia boleh latch when bf tu betul-betul. Ha, time ni barula I rasa enjoy giler bf. Sebelum ni rasa trauma sikitla bila Rizq lapar time injured tu. Bila Rizq dipampam dan jadi bambam pulak, my milk suppply tak cukup. Terpaksa top up with formula milk. People ramai juga suruh feed him with baby cereal tapi nonononono..Gigih ibu bertahan sampai 6 months baru boleh mamam ye Rizq, insyaAllah.  Lalu dapatla satu solution to boost my milk supply.  Theoretically, the more baby bf, the more milk will be produced. So I thought, if Rizq tamo bf frequently, kalau pump boleh boost kot. Then jenuh la I did surveyed, blog hopped, forum to forum, and decided to invest on Medela Mini Electric.  Pastu kalau travel, camne kalau engorged? Then package la beli Medela Citystyle skali.


Medela Mini Electric Breastpump ni affordable, not as expensive as Swing. Bezanya, Swing boleh massage dulu before pump.  But for me, takyah massage massage dah kalau dah engorged tu kan.  Alhamdulillah, milk supply dah increase bit by bit and insyaAllah, soon dah boleh menampung keperluan Rizq kot. Pump ni sangatlah best ok. Rasa sangat natural baby sucking. Easy to assemble, sangatlah portable, and boleh pump sebelah tangan while driving lagi. Oppps!  Yang penting, easy to clean. Citystyle EBM storage bag ni pun sangatlah stylo ok. Penuh bergaya je I hangkut pi mekap-mekap.  The cooler boleh buat EBM tahan for 12 hours! Highly recommended uols..

Sekian saja.  Harapnya dengan investment kali ni dapatlah tunaikan hak Rizq untuk bf exclusively. Partially exclusive kot. Dan berjimat takyah beli formula sangat kot..

Ini bukan advertorial. Harap malum :))

4 comments:

white purple flower said...

dah ada anak tak merasalah nak beli handbag ke nak tukar handphone ke :( sbb duit abes nak beli pam lah nak beli play gym la haha.

Puan ALeya said...

Manual pump mmg hazabbbb...sakit giler aku rase...last2 direct bf jer..aku mmg tak sempat nak pam smpai abis..tgh2 pam, si kecik tu bgn..kena la susukan..dia susu kerap dulu..1 jam sekali...nangesss...akhirnye topup formula milk..hehe...

Mrs.Qarlista said...

dear..i'm using medela harmony sekarang..memang lenguh tangan ni..sakit tengkuk, sakit belakang semua ade..hehe..nak tanye, how much does diz citystyle cost? tq

zLa said...

o dear, i think it's about RM 200 plus. I beli masa tengah offer package dengan mini E ni. bought with the price of mini E, plus lagi rm100 then dapat citystyle skali..