Saturday, August 18, 2012

Salam Adilfitri 1433H, maaf zahir batin!



Sedar tak sedar, dah nak habis pun Ramadhan. Sedih pulak tak sempat khatam al-quran, tak cukup tarawih, amalan cam tak power lagi.  Harapnya Allah panjangkan umur untuk jumpa lagi Ramadhan, dan sihat tubuh badan untuk up kan amalan.

InsyaAllah, kita akan sambut Aidilfitri in few hours je lagi. Bagi yang belum berzakat fitrah, silelah ketuk pintu amil selagi ada masa.  Yang tak sempat shopping raya, Jalan TAR masih meriah lagi di  malam hari, jangan harap dapat jumpa parking space!  Bagi yang balik kampung, drive safe. Takpe kalau penat, berhenti tido kejap daripada tido selamanya. Jangan lupa kunci umah, tutup gas, electric switch semua, and masukkan anak-anak semua dalam kereta.

Selamat hari raya! Bagi yang diabetic, jangan makan banyak sangat kuih raya, minum air sirap & carbonated  drinks melebihi dose yang disyorkan. Yang high BP, beringatlah bila makan kambing golek dan kawal kesabaran bila drive balik kampung meredah jam. Makanlah sebelum lapar, dan berhentilah sebelum kenyang. Boleh ke? ke? ke? Hmmm..keraguan terhadap diri sendiri..

Yang dah attend class makeup dengan iols, selamat bangun awal dan bermekap, dan berchanteque gojes di pagi raya!

Akhir kata, maaf dari saya dan keluarga. Kalau ada tersalah tulis dan cakap, indah  tak serupa bikin, kelakuan tak senang di mata dan hati, petua yang mengarut dan tak menjadi, resepi tak cukup garam terlebih gula, halalkan lah ye. Semoga kita mendapat keberkatan hidup orang yang bertaqwa, insyaAllah

Maaf zahir & batin!

Sunday, August 12, 2012

New Slot for Makeup Class with Zila Ziman (12 August 2012)



Salam ramadhan semua! Alhamdulillah, Kelas Makeup Personal (Beginner) pada 22 July telah berlangsung dengan jayanya. Seats untuk slot 4 Ogos pula dah fully booked. 5 Ogos ada 1 seat je lagi yang available.

Atas permintaan ramai, Zila buka satu lagi slot tarikh 12 ogos 2012. Jadi for those yang tak berkesempatan untuk join class 22 July, 4 August, dan 5August, bolehla participate dalam slot baru ni.Untuk makluman, promotion ini diadakan sekali sahaja tahun ini dan slot 12 August adalah yang terakhir sekali. next class insyaAllah Ramadhan tahun depan pula :)

Personal Makeup Class sesuai untuk beginner, yang dah biasa makeup, atau pun yang zero knowledge. Peserta akan diajar dari basic, teknik-teknik solekan dan aplikasi, teknik cantik menawan di hari raya, juga applicable untuk ke college, pejabat, atau makeup untuk dinner, ngedet, job interview, dan sebagainya. Previous students untuk kelas ini, dah boleh makeup untuk majlis tunang juga.

Syarat Penyertaan:
  • Terbuka kepada sesiapa yang berminat sama ada beginner (zero knowledge) ataupun yang dah ada knowledge.
  • Non-refundable deposit RM 50 diperlukan bagi setiap booking. Baki pembayaran boleh dibuat semasa kelas.
  • Bagi yeng berminat, sila SMS NAMA PENUH dan NO IC anda ke 012-3474745 atau email kan ke zilaziman@gmail.com
  • Setiap kelas adalah terhad kepada 5 orang peserta sahaja. 
Grab the chance to play with my makeups and tools!

Wednesday, August 8, 2012

Friday, August 3, 2012

Mengejar Title Isteri Solehah

Assalammualaikum wbt semua! Today, I stumbled upon an article that's worth sharing. Semoga kita mendapat tempat di syurga, insyiaAllah.



Dari Aisyah ra. yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan ?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu ?" Bersabda Rasulullah saw. "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (HR Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Nabi saw. bersabda, “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya dia mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya di jalan Allah dan jika dia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang wanita datang bertanya kepada Rasulullah saw. dan bertanya, “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya ? Rasulullah saw. menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Al-Hakim) Nabi saw. bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (HR Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (HR Ath-Thabrani)

Firman Allah swt. "... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (an-Nisaa’: 34)

Nabi saw. bersabda, “Dan sebaik-baik wanita(isteri) ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

 Nabi saw. bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Nabi saw. bersabda menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga pada hal wanginya boleh dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah saw. dan para sahabat melakukan solat gerhana dengan solat yang panjang , Rasulullah saw. melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda saw. menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalau kamu berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikit pun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi saw. bersabda, “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi).

Sekian, selamat berpuasa, beribadat, & selamat hari Jumaat!

Wednesday, August 1, 2012

Raya!!! Raya ke?

Assalammualaikum wbt people! Alhamdulillah, dah masuk fasa kedua Ramadhan pun. How's your Ramadhan, lovelies? Mudah-mudahan segala amalan diterima-Nya, insyaAllah.

Bila dah beranak-pinak ni, timbul  rasa excited nak buat preps raya. Kalau masa single mingle dulu sampai satu tahap dah mula rasa jelak dah. Patu bila berkapel dan bertunang, excited balik kengkonon nak sedondon dengan partner. Ala tipula I sorang je camtu. Uols pun sama kan....? Bila dah kawen, semangat nak sedondon ada lagi. Bila dah berboyot, feeling malas datang balik mengenangkan saiz. Kita kena bijak dan economic. Rasa membazirla beli baju raya size besor patu pakai time boyot je kan.  Tapi tahun ni dengan adanya anak bujang yang dah semakin lasak, tak kira apa cara pun sebolehnya nak sedondon satu family. Nanti uols dah de anak, tahu la feeling tu camne. Kan mommies semua?

Dalam keadaan yang sedang berkembang dari segi saiz ni, rasa nak gi shopping tu malaaaass sangat! Tq Malaysia bila ada Zalora, dan online shops yang lain. Tahun ni segala yang berkaitan raya, baju raya head to toe, kuih raya, semuanya I sebat online je.  Ya, sesungguhnya tahap tumbesaran saya memang memberangsangkan sehingga saya terpaksa beli size XL untuk tahun ni lalu menjadikan diri ini malas bergerak dan tak mahu keluar dari rumah.  Dan hari ini, alhamdulillah dah setel segala purchasing untuk baju raya kami sefamili. Sneak peak sket:

Warna tema tahun ni :)

Oh no. Eventhough I mentioned that I purchased my Raya dress from Zalora, tapi ia bukanlah Jovian's RTW. Reason being: tentulah takkan muat! Huhuhu..Untuk kesedapan hati, cuba yakinkan diri sendiri bila tengok JM madness, mesti bila beraya rumah kengkawan ada juga yang terpakai baju sama kang. Walau hakikatnya hatiku ini meroyan dan berdoa semoga Jovian keluarkan kaftan pulak untuk final batch nanti, walau macam tak logik je kan. 

Untuk tatapan semua, ni semua dah sold out :D



Dan yang ni semua buat haku jadi gila!





Kalau beli 4 dresses ni cukupla ngam ngam pakai 2 pasang Raya kat my side kat KL & Singapore, 2 pasang lagi kat hubby's side KT.  Memang I tegar buat-buat tak nampak and terlupa website address Zalora.com.my dan berdoa semua tu sold out cepat-cepat!  Tetibe baru-baru ni gatal tengok FB Jovian, ada final batch pulak pasni! Yang menjadi igauan, benda alah 2 ni pun ada skali nanti..



Jadi uols semua, tolonglah beli cepat-cepat kasi sold out kan semua kalau kesian kat saya. At  the same time, I sebenarnya nak tolong promote JM RTW  walau cam tade effect je kalau promo pun sebab dah sahih designs semuanya cam pisang panas letak cheese. Astaghfirullah..puasala! Saya tak muat semua ni sebab most designs kecik je kat pinggang sedangkan rupa saya dah macam kungfu panda :|

Kan???
Photo taken on 22 July 2012 during Personal makeup Class with my student, Aina

Lengan cam peha ayam KFC ko..tu pun separuh je gambo tu.

Selamat bekerja semua!