Tuesday, July 24, 2012

Preggy, puasa, dan KURMA

Assalammualaikum wbt, readers semua. Alhamdulillah, dipanjangkan umur kita berjumpa sekali lagi dengan Ramadhan al-mubarak kali ni.

Hari ni i nak share sikit, pasal kurma di kala mengandong.  Pregnancy memang buat I sentiasa lapar 24-7 nak kena mengunyah je. Kalau tak cukup  munchy sket, gastric la jawabnye. Ober kan??  During my pregnancy, few days menjelang Ramadhan je I dah risau. Camne ni, boleh survive ke puasa sehari ni? Memang kita ada rukhsoh untuk tak berpuasa, tapi sape sanggup ganti sebulan kan? Lainla kalau bersalin, memang enjoy the rukhsoh la.  So my mom suruh makan kurma time sahur. Alhamdulillah, I memang amalkan setiap kali sahur, makanlah kurma at least 7 biji. Lagi banyak lagi baik. Kalau dapat Ajwa lagi best. InsyaAllah, kita tak lapar n baby dalam perut pun tak meragam kelaparan.

Kisah nak bersalin kan Rizq pula, betul la seperti  yang tercatat dalam surah Maryam. Makanlah kurma, insyaAllah mudah bersalin dan dapat kurangkan pengaliran darah.  After bersalin pun I makan kurma lagi, dapat restore energy dan darah nifas pun cepat berhenti, stitches cepat heal.  Kira after 2 weeks bersalin dah boleh larila. Janganla pi makan sebijik je pastu berharap semua jadi kenyataan. At least 7 biji sehari. insyaAllah ada jalannya kata Maher. Di samping tu, kalau nak cepat lari, jangan dilupa ikan haruan + gamat. Berkesan!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgj6kreTG5xzqSk884xmyq43OcymBVnfphB52ZX5Izkg3uAZYo1vs-1NbvugJfGMjmYb91aHvAFzeyaor-Ox9aLiMTBM6sSkG7b-R2gBaQt5RWZYzP0mpJ2j7cymJTLukWNCzkH6dtCPqA/s1600/kurma+buah.jpg


Ok, below I copy-paste-edit khasiat kurma for preggies untuk rujukan bersama.

Kebaikan kurma ketika mengandung dan bersalin~ 

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Di dalam Quran terdapat satu kisah yang berhubung kait dengan pemakanan buah tamar semasa mengandung iaitu di dalam surah Maryam ayat 23 hingga 26.  Ia berkaitan dengan kisah Maryam yang menderita sakit semasa hendak melahirkan Nabi Isa.Allah menjelaskan, “Maka rasa sakit hendak melahirkan anak memaksa dia bersandar pada pangkal pohon kurma. Dia berkata, ‘Aduhai alangkah baiknya jika aku mati sebelum ini dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti lagi dilupakan’. Maka Jibrail menyeru dari tempat yang rendah dengan berkata, ‘Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu.  Dan goncanglah pangkal pohon kurma ke arahmu pasti pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.  Maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu’.

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika diamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain. Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat. Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:
  1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
  2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol. 
  3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium. 
  4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
  5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim. 
  6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung. 
  7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as. 
Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

Sumber: 
  1. http://permatahati.wordpress.com 
  2. di petik dari buku : Quran Saintifik (Dr.Danial Zainal Abidin)

Wallahualam

12 comments:

dearpikot said...

thanks for the info.. baru hari ke4 saya da lepak da.. maybe lepas ni nak kene try makan kurma time sahur plak..

zila ziman said...

insyaAllah dear..disamping makan nasi dsb masa sahur, tambah makan kurma juga. good luck!

ctmah said...

gud info.mmg tiap kali sahur n berbuka makan kurma.tp makan dlm 2biji jek sbb manis :)

Unknown said...

semoga dapat puasa penuh.. =)

zila ziman said...

@ctmah: try cari kurma yg kurang manis. biasanya kurma yg kurang manis ni kering sikit. klu cap yusuf taiyoob jenis wassim pun sedang elok, tak manus sgt, tak kering sgt. hope this could help :-)

@miss she: insyaAllah, likewise!

Anonymous said...

Alhamdullillah..preggy lagi ya?
congrates dear..
semoga dapat puasa penuh n jg diri baik2..
xlama lg rizq nak jg abang..Yey!
-ieja-

zila ziman said...

@ieja: eh ni citer past experience masa ngandongkan rizq dulu la..masa muda sket

Siti Rohayah said...

owh..ingatkn preggy lg..hehe.. suka la tips nih..haha cantik belog.. :) thx jd follower..eh kalo nak blajar make-up tuh kena tempah eh? haha lari topik..

zila ziman said...

@roeya; klu nk join roger2 je. nnti ai reserve seat utk uols :)

Siti Rohayah said...

oit.. aku tgh bercuti nih..12.8 nk mai kl semata nak p kelas..nak duk mana weh...nnt ada aku tanya en hubby kalo2 bleh lepak tg malim ka..uma firah :)

Lovely Love.. said...

salam..
saya plak pelik..sebelum prgnt sungguh gemar ngan kurma,siap berulang2 makan lagi..tp time prgnt ni langsung taknak kurma..kena paksa diri je mkn time berbuka tu.kdg2 separuh je dapat mkn..nasib badan btl la..
:)

zila ziman said...

@lovely love: salam dear. memang, time preggy ni macam2 benda pelik jadi. like my case, i tak pernah kena morning sickness, tapi asal ngandong je boleh pulak kena athma. hari2 kena pakai inhaler.tak pernsh2 kena sepanjang hidup, time preggy pulak yg kena. macam2 kan..