Friday, September 4, 2009

Hari Jumaat

Went to MATTA Fair with fiance. Kaki ku melecet. Banyak tul booth. Kemudian ditinggalkan fiance. Yela, hari Jumaat kan. Nak perform Friday prayer. Ok, I tunggu you kat entrance ni sampai you balik, k? Orait...

1.45 pm.  Kaki melecet. Tapi takde kerusi lain. Ada satu je space sebelah akak berbaju kurung biru ni.  Tapi sebelah tu ada kerusi, occupied by 2 lelaki Melayu terakhir kat situ yang nape ntah masih di situ.  Aiseh..duduk jela.  Bosan. Lama lagi nak tunggu ni. Lantas bawak keluar beberapa longgok brochures yang di collect tadi.  Banyak choices ni. Pening dah. Sesungguhnya tak boleh nak fikir dah. Kena tunggu fiance juga.  Aku memang di pampered kan bila fiance ada in town. Langsung tak boleh jadi independant.  Kalau dia tade, drive sorang ke Kuantan pun boleh je. Bulan puasa lagi ko..Balik hari lagi. Bagi la can. 10 bulan tak jumpa kan.

Tiba-tiba semacam ada satu suara jantan menegur...

"Tengok brochure nak gi jejalan ke kak long?"
Haish...ni mamat sebelah aku punye suara ni.  Nak cucuk la tu. Lumrah kan..Aku amiin kan je la...

Tanpa menengok muka dia, aku pun reply, "A'ah, nak gi honeymoon..." Tujuan nak bagitau yang aku ni already taken la..

Dia terkedu jap. Pause seketika (he buys it!) Patu dapat idea la tu bajet aku menipu...
"Kalau nak gi honeymoon kena datang berpasangan kak long..Ni nape datang sesorang je??"
Ewah ewah..ada sedikit tone perli dalam kata-kata dia ni...

"Oh..Tunang saya gi SOLAT JUMAAT..."

Tersentap jap dia seketika..Pause jap..Lama sket..Sambung lagi..
"Mintak maapla dik..Saya ni dahla tak gi sembahayang..Kacau orang pulak tu..." 

Sedar pun!

"Eh takpe, takpe...biasala tu bang...menambahkan pahala puasa..."

Akak sebelah aku dah senyum senyum.  Mamat ni plak gelak ngan member dia konon cam salah dengar la...
"Pe dia dik? Tambah ape??"

"Tambah pahala puasa" Aku repeat sambil buat tone suci suci gitu..

"Ni bukan tambah pahala puasa dik..Bala puasa lagi ada! Hahaha" Gelak lagi.

"Eh tu saya nak kasik abang paham paham sendirila..." Gelak lagi, sambil ada tone menyesal sket dari dia..

"Erk...takpela dik. Saya doakan awak berdua kekal dan bahagia sampai anak cucu"..

"Insyaallah. Ha...ni baru pahala puasa sebenar bang! Terima kasih ye..."

Dia pun siku siku member kat sebelah.
"Erkk..Kami gerak dulu la ye dik.."

"Yela..sila sila..."

Padan...terdetik rasa kesian sket dalam hati. Tapi takpela...Pahala puasa...

2 comments:

~ mizzAmy ~ said...

hahahaha... lawak okeyh. nak ngorat lah kununnya tuh.

so, you all nak g honeymoon ke mana nanti??

zLa said...

kan...? kesian dia..

honeymoon tu tatau lagi la yang..ekceli i cam malas je..nak dok umah tido cam best je..tapi encik tunang la beriya nak ke sana ke mari..i ok je since dia nak sponsor kan..:D