Wednesday, September 2, 2009

Hari Hati Berbunga~*

Saya dah tunggu untuk 10 bulan. Saya dah lalui macam-macam untuk itu. Tapi demi cinta yang suci (dengan background lagu from UNIC), at last penantian dengan penuh kesabaran, ketabahan, dan kepercayaan membuahkan detik-detik terindah yang berbaloi baloiii...

Respond untuk entry Cik Pelangi, sabar ye yang. I dah nak pass the baton dah ni...Nanti lama-lama dah tak rasa ape dah..

Kronologi 01.09.2009 
0400 hours: mata masih belum mahu melabuhkan tirainya.  Masih banyak yang perlu dibuat. Banyak yang perlu prepare
0430 hours: tido pun akhirnya!
0500 hours: Dikejut untuk sahur. Baik Mak!
0630 hours: Selesai solat Subuh & tadarus, tido kembali
0800 hours: Dikejut Mak dek kerana dah pesan kat MAk suruh kejut malam sebelumnya. Bukak mata jap. Tido lagi..
1000 hours: Menggelupur sebab dah lambat giler untuk photoshoot kat Shah Alam at 11.30 am! Makeup diri sendiri selalunya took me at least 1 1/2 hours.  Tudung pun lum iron lagi! Tak boleh lambat ni. Lambat sampai studio, lambat start, lambatlah sampai airport to fetch ahCong..
1030 hours: Selesai mandi (giler lama..yela, nak jumpa ahCong sayang setelah 10 bulan kan, mestila nak body scrub dulu, facial dulu, manja2 kan diri dulu..), baru nak makeup.
1110 hours: Selesai mekap dengan terkejut badaknya sebab tak sangka leh siap awal! (Natijahnya: kening senget, blusher terlebih kat sebelah cheekbone..sebelah je tau! dah selesai segala baru perasan...)
1140 hours: Dengan berdesut tak ingat speed berapa, sampai gak kat studio. Yayyy!!!
1200 hours: Modeling begins

1400 hours: Modeling ends
1415 hours: Selamba je masih borak-borak sedangkan tau dah ahCong touch down kul 2.30pm..
1430 hours: Baru nak gerak to KLIA..ngeeeee
1435 hours: Ada rama-rama dalam perut
1505 hours: Rama-rama dah balik, bapak gajah plak masuk dalam perut
1515 hours: Reached KLIA, tapi ahCong sayang masih lum keluar. Biasela, international flight memang lambat sket nak clear sume2..
1600 hours:  Sayup-sayup nampak figure dia dari jauh. Sumpah, teruja giler. Mestila cam lagi, dan yakin giler memang dia. Tpi dia tak nampak saya. Berkejar-kejar mengejar dia, sebab takut kehilangan..
1603 hours: Dia nampak saya, saya nampak dia.  Kami bertentang mata..
1604 hours: Kami bergerak seiring dan sejalan. Senyum sampai telinga. Nak loncat loncat je rase. Tapi sebab masa tu perasan tengah cun since baru lepas modeling kan...Controlll...
1609 hours: Kami sampai di carpark, masuk kereta, dan masing-masing bercerita tanpa menyedari yang kami puasa (yela, tak rasa lapar dan dahaga pun you...)
1610 hours: Akhirnya kami mencapai kebahagiaan yang diimpikan setiap insan (ye, memang poyo giler..tapi tengah syok sendiri ni..) Perasaan yang indescribable. Yang penting kami tersengih dan senyum-senyum sahaja..
2000 hours: Bawak ahCong buka puasa makan Malaysian food yang dah lama giler dia tak makan. Jamm di Old Town. Lame kan? Tapi takpe..kami tengah bahagia. Segalanya indah di mata..(bluweeekkkk) Bersungguh dia makan. Dia pun happy sesangat. Dan kenyang sesangat. Bermangkuk-mangkuk beb! Patu tak gi tarawih..huhu

Masih rasa cam tak caye je dia kini ada di depan mata. Touch sket. Memang real, tak mimpi. Betul-betul ni bukan cobaan..Cepat giler masa berlalu. Tup tup dah 10 bulan kan..

Hari ni saya penat giler, memang giler-giler punya penat. Tapi kepenatan yang saya value giler-giler sebab saya rasa berbaloi giler-giler.  Sesungguhnya saya memang chenta giler punya giler sama dia! Mumumumu....

4 comments:

~ mizzAmy ~ said...

adeh... i plak yang rasa tersedih nih kenapa??? hahahaha...

10 bulan tuh lama weyh.. dah nak dekat setahun tuh. nasib lah korang nih betul-betul syg-menyanyangi n saling percaya. kalau tak, LDR nih susah nak kekal.

apa-apa pun, selamat bergumbira lah. semoga raya tahun ni tak berlenang air mata yer. ahaks... ;)

xoxo said...

waaa...insyaallah...huhuhu...

yg u sedih kenapakah? LDR jugak kah? Kuwang..kuwang..kuwang...

zuhairbaik said...

wah.. azwan dah balik..

xoxo said...

a'ah..kejap je...ti nk balik sana lagi...:(