Monday, March 9, 2009

Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum w.b.t
Hari Maulud (kelahiran) Nabi Muhammad s.a.w disambut bertujuan untuk memuliakan Nabi Muhammad s.a.w berasaskan firman Allah s.w.t dalam al-Quran (terjemahannya):
"maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad s.a.w)
memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya
yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran)
mereka itulah yang beruntung"
(al-Araf:157)
Hari Maulud pertama kali diselenggarakan oleh Sultan Salahuddin al Ayyubi ketika menghadapi pasukan salib bagi membakar semangat berjuang dan berkorban, untuk menyelamatkan umat Islam dan sebagai memeperingati kejayaan Sultan Salahuddin al Ayyubi berhasil memimpin tentera umat Islam memasuki Jerusalem.
Maulud Nabi disambut setiap 12 Rabiul Awal dimana zikir khusus akan diadakan di masjid-masjid. Perarakan secara besar-besaran yang disertai oleh lelaki, perempuan, kanak-kanak akan diadakan di bandar dan kampung sambil menyanyikan lagu-lagu memuji Nabi Muhammad s.a.w juga akan diadakan untuk memeriahkan hari Maulud ini. Jamuan makan juga dianjurkan oleh orang perseorangan atau pertubuhan untuk fakir miskin.
Terdapat 2 pendapat mengenai Maulud Nabi, iaitu pendapat yang pertama melakukannya adalah satu perbuatan yang dianjurkan bagi umat Islam. Pendapat kedua pula menyatakan menyambut hari Maulud adalah satu bidaah disebabkan ia tidak pernah dilakukan di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Menurut pendapat pertama, hujah mengapa Maulud Nabi boleh diraikan adalah:-
Bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w datang ke Madinah maka beliau mendapat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu 10 Muharram, maka Nabi s.a.w bertanya kepada orang Yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?"
Jawab mereka: Ini adalah hari peringatan, pada hari serupa itu dikaramkan Firaun dan pada hari serupa itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan.
Maka Nabi s.a.w berkata:
"Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu."
Riwayat Bukhari dan Muslim
Ibnu Hajar Al-Asqalani, pengarang Syarah Bukhari berkata bahawa dari hadis ini dapat dipetik hukum;
  • Umat Islam dibolehkan bahkan dianjurkan memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari maulud, miraj dan lain-lain.
  • Nabi turut memperingati hari tenggelamnya Firaun dan bebasnya Musa, dengan melakukan puasa Asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.
Wallahualam.
Note 1: Hari ni last day qada puasa..yeeehaa!!!

1 comment:

Biela Jailani said...

hye..
follow la my blog..
(=