Saturday, March 7, 2009

Menjunjung Titah Tuanku

Assalammualaikum w.bt

PETALING JAYA: Kebiadapan sesetengah pihak yang bersuara lantang mempersoalkan kedudukan orang Melayu dan kedaulatan raja-raja Melayu ditegur Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan perbuatan itu tidak berbudi bahasa, tiada merasa segan dan malu.

Titah baginda, suara lantang itu yang tersebar mutakhir ini menerusi media cetak dan elektronik cukup membuatkan baginda kesal dan lebih menyedihkan apabila ia datang daripada kalangan bangsa Melayu sendiri yang mempertikaikan perkara termaktub dalam Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.

“Orang Melayu diasuh dari zaman nenek moyang kita di atas landasan adat istiadat, budi pekerti, bersopan santun, hormat-menghormati dan sentiasa bermuafakat, (justeru) di atas landasan inilah maka orang Melayu disegani dan dihormati.

“(Tapi) di manakah orang Melayu sekarang? Negara baru mencapai kemerdekaan setengah abad, orang Melayu sudah bercakaran, hilang maruah, hilang budi pekerti disebabkan terlalu ghairah untuk merebut kuasa hingga sanggup menggadaikan bangsa dan negeri.
myMetro, 7 March 2009.

Alhamdulillah, akhirnya ada juga yang bertegas. Inilah yang diperlukan bagi menyedarkan mereka bahawasanya mereka berpijak di bumi Malaysia.

2 comments:

Emosi Itu Boleh Kerna Aku Manusia said...

btul..saya pegi jalan TAR kelmarin..ada la demontrasi apa ntah..takut juga..rakyat Msia makin berani..berani ntah apa....

terjumpa buku sebelum dan selepas 13 MEI..rakyat Msia should have it!!!

DalilaMian said...

oooh..aku plak ade buku tajuk tragedi 13 May..huhuu..tp x baca lg..kui kui