Wednesday, March 4, 2009

Corat-Coret

Assalammualaikum w.b.t

21 hari menjelang pemilihan Agung UMNO. Hari ini saya mendengar kata-kata penganalisis politik bahawa BN, khasnya UMNO sepatutnya melakukan reformasi dan penyusunan semula dalam parti. Saya terpanggil untuk bertanya kepada diri sendiri, mengapakah tag 'Reformasi' harus dipinjam dari kata-kata pengguna tetapnya?

Adakah reformasi benar-banar diperlukan, sedangkan keranapan BN mempertahankan kerusi-kerusinya pada PRU12 menyaksikan kebijaksanaan penyusunan strategi Gelombang Biru. Jelas sekali tindakan meletakkan calon yang teramat disayangi dan teramat menjaga kebajikan rakyat gagal meraih populariti di kalangan pengundi. Hal ini jelas berulang lagi dengan penyusunan strategi yang sama semasa pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Apa yang ingin disampaikan disini, mereformasikan struktur parti bukanlah kata-kata yang bijak yang boleh diperkatakan oleh mereka yang bijak pandai. Seharusnya, pengkajian semula strategi perlu dilakukan sebelum membuat sesuatu keputusan yang sudahnya hanyalah mampu melihat dan menggigit jari. Eksperimen-eksperimen semasa PRU12 dan Pilihanraya kecil K.T seharusnya sudah cukup menidakkan kebenaran hipotesis mereka.

Apakah sudah tiada lagi kebijksanaan dalam pemikiran pemimpin-pemimpin hari ini? Saya menabik cadangan Ku Li yang mana pemilihan Agung UMNO seharusnya dipilih oleh semua ahli dan bukan hanya perwakilan. Satu langkah yang baik untuk menghapuskan politik wang. 

Tulisan ini hanyalah satu platform untuk saya mencetuskan pemikiran dan pandangan peribadi saya. Maaf andai kiranya coretan ini menyinggung mana-mana pihak.

Wassalam.

No comments: