Tuesday, February 24, 2009

kenapa apakah?

Assalammualaikum w.b.t


Ada yang mengutarakan kepada saya beberapa soalan bermula dengan 'kenapa?'. Makanya entry ini ditulis untuk menjawab spekulasi-spekulasi tersebut..
Kenapa 1:
~Kenapa tunang lama sangat?


Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya. Seperti biasa, alasan contract saya gunakan di mana tunangan saya kini bekerja di Saudi Arabia. Tamatnya tempoh contract adalah pada Disember 2009.
Sementara itu, dia hanya dibenarkan pulang ke Malaysia pada Hari Raya 2009 ini sahaja. Readers sekalian, kasihan kami terpaksa berjauhan. Kali terakhir berjumpa adalah semasa pertunangan kami, October 2008....adeh...

Jadi, masakan sempat setibanya kepulangan
tunangan saya ini ke Malaysia, dengan izin, 'back for good' pada bulan Disember 2009 sedangkan kami belum membuat apa-apa persediaan lagi sekiranya mahu dijalankan majlis pada tahun 2009 juga..Kursus perkahwinan pun belum kami hadiri lagi. Tambahan pula memandangkan tunangan saya ni bertempat asalnya dari Terengganu, tidaklah elok sekiranya dijalankan majlis pada penghujung tahun kerana menimbulkan ketidak selesaan terhadap rombongan sebelah lelaki yang terpaksa bergerak di dalam keadaan ribut dek kerana musim tengkujuh.

Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf bagi pihak kami berdua sekiranya salah seorang dari kami tidak dapat mengahdiri kenduri kahwin anda...maaf teramat sangat. Salahkan faktor jarak dan masa untuk itu..
Kenapa 2:
~Dah tu kenapa tunang awal sangat?
Spekulasi begini selalu diutarakan kepada saya terutama 'competitors' kepada tunangan saya..hehehe..Benar, kami mengikat tali pertunangan pada suatu tempoh yang agak panjang dari kebiasaannya. Alasan pertama, kerana menurut jejak langkah kedua ibu bapa saya yang bertunang selama 3 tahun. Sedangkan saya cuma 1 tahun 7 bulan 18 hari je..

Ramai yang berkata banyak dugaan dan cabaran menimpa pada yang mengikat tali pertunangan sebegini lama, tetapi menurut kedua ibu dan bapa saya: 'biasee jeee..takde ape pun'. Alhamdulillah setakat ini kami masih intim, malah semakin lama semakin intim. Beberapa kenalan saya yang bertunang pada tempoh yg agak lama turut mempunyai pandangan yang sama. Semakin lama akan membuatkan diri kita semakin dekat dan semakin memahami pasangan kita.

Alasan kedua yang ingin saya utarakan disini adalah kami mengambil keputusan untuk bertunang kerana tidak ingin menjadi bualan dan dipandang serong oleh masyarakat. Kami telah berkenalan selama 2 tahun, dan tunangan saya ini kerap menjemput saya di rumah bagi meminta izin dari kedua ibu bapa saya jika ingin mengajak saya keluar. Pada pandangan kami adalah tidak manis jika dia kerap kelihatan berada di rumah saya tanpa sebarang ikatan. Lalu kami mengambil keputusan untuk bertunang. Lagipun benda baik mengapa perlu ditangguhakan. Maka tanggal 13 July 2008 kami menerima kunjungan merisik dari pihak lelaki dan menetapkan 11 October 2008 sebagai tarikh pertuanangan.
Kenapa 3:
~Cik zLa, kenapa anda quit master?

Saya memilih untuk melanjutkan pengajian dalam program Master sejurus selepas graduation. Pada masa itu saya tidak mempunyai hala tuju hidup dalam konteks ini membicarakan tentang bidang karier yang ingin saya ceburi. Dek kerana masih belum mendapat tawaran pekerjaan, melanjutkan pengajian pada masa itu kelihatan seperti idea yang baik. Kerana dikhuatiri saya akan terlibat dengan dua pekerjaan dalam satu masa yakni program Master dan bekerja tetap, maka saya pilih untuk menjalankan projek berkenaan dengan Modelling dan Control System kerana menurut saya, projek ini tidak memerlukan masa yang lama untuk membuat eksperimen di makmal. Rata-rata keseluruhan masa saya dihabiskan di rumah dengan hanya membuat simulation dan control sahaja.

Lima bulan kemudia saya ditawarkan bekerja di suatu syarikat MNC dengan gaji yang agak lumayan. Wah, pada masa itu terasa seronok bila memegang duit hasil pencarian sendiri yang halal di dalam tangan. Lama kelamaan projek saya terabai. Terus-terang saya katakan projek Master yang saya ceburi tidak ada hubung kaitnya dengan minat saya. Pada masa itu saya memilih projek tersebut hanya kerana menurut saya ia agak mudah sekiranya saya melibatkan diri dengan belajar dan bekerja pada masa yang sama. Sedangkan minat saya yang sebenarnya lebih menjurus ke arah waste treatment. Buktinya saya memilih FYP saya dalam bidang yang sama. Oh ya, bidang kerja saya juga berkenaan waste juga..Oh tidak...

Setelah 3 semester, dengan berbekalkan literature review sahaja sebagai progress, saya nekad mengambil keputusan untuk berhenti dari program ini. Supervisor saya sangat baik, sangat membantu, tetapi malangnya saya terpaksa melakukan ini kerana tidak mahu terus mengecewakannya. Akhirnya saya mngumumkan keputusan menarik diri dari program ini kepada semua pihak. Alhamdulillah mereka menyambut dengan positif, walaupun agak terkejut pada awalnya. Namun setelah diterangkan keadaan yang sebenarnya, akhirnya semua menyokong saya seadanya. Kredit harus diberikan kepada ahCong selaku tunggak tunjang belakang saya, dan kedua ibu bapa yang sentiasa mengaminkan segala keputusan saya. Tidak lupa juga rakan-rakan yang memberi sokongan, serta Supervisor yang sangat memahami. Kini saya berasa lega kerana tidak perlu lagi hidup dalam kepura-puraan.

Kesimpulannya, saya suka menjadi saya seadanya...(^_^)v
Note 1: Not bad juga for my first entry yang lalu ya..
Note 2: Air-cond bilik saya bocor..terpaksa tidur di bilik anje..

1 comment:

~ mizzAmy ~ said...

~ owhh okeyh, now i tahu la kenapa u tunang lama sangat. saya sangat terkejut la. rupanya u dah quit master ekh?? ~